Pada minggu lepas, #OrenGTeam telah menerima kehadiran jemputan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) utk kursus “Vulnerability Scanning Tools” menggunakan perisian Nessus Pro dan Burp Suite Professional.
Para peserta yang merupakan wakil dari KPM, serta pegawai-pegawai dari beberapa IPTA dan IPTS nampak begitu gembira sekali berkursus di Pusat Kecemerlangan akademi kami di Putrajaya dgn suasana santai dan tenang.
Secara amnya, kursus ini mendedahkan kepada para peserta cara-cara untuk mengimbas kelemahan dalam perisian sistem mereka. Sesi kuiz yang seakan-akan sesi “Capture the Flag” telah dijalankan untuk menguji tahap kefahaman para peserta.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus-kursus keselamatan siber yang kami tawarkan, sila klik link ini.